
Olimpik Paris: 3 wakil negara meneruskan cabaran badminton hari ini
Published on 1 Aug 2024
Lee Zii Jia sah mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan wakil Sepanyol straight set pada aksi terakhir kumpulan. Jaguh perseorangan lelaki itu bakal berdepan Toma Junior Popov hari ini dan akui wakil tuan rumah itu bukan lawan mudah... 2 lagi wakil negara akan meneruskan cabaran hari ini pada aksi suku akhir iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.