
Perlu surat kebenaran ibu bapa, penjaga sebelum rakam, muat naik kandungan libatkan murid – KPM
Published on 24 Sep 2024
Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sebelum merakam gambar, video atau audio murid serta memuat naik ke laman media. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memberi perlindungan kepada keselamatan kanak-kanak, khususnya di sekolah. Tambah beliau, garis panduan itu bukan sahaja perlu dipatuhi guru malah semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila menghasilkan kandungan yang melibatkan pelajar dan kanak-kanak.