Awedio.sg is now part of the SPH Media website.

Dari Craven Cottage ke Nou Camp: Drama, Analisis & Kejutan Serantau! | Bola itu Life

Published on 5 Dec 2025
Share
Episod kali ini membuka dengan aksi gila di Craven Cottage, perlawanan 9 gol yang bukan sekadar hiburan, tetapi refleksi kekacauan taktikal Premier League musim ini. Kita kemudian terbang ke Sepanyol untuk mengikuti pengalaman Faiz Gurun menonton Barcelona di Nou Camp, di mana aura stadium legenda itu berubah seiring era baharu kelab yang sedang bergelut mencari identiti sebenar. Masuk ke segmen analisis, kami membincangkan persoalan besar: layakkah Chelsea dianggap pencabar gelaran? Perbualan ini dirakam sebelum kekalahan 3–1 mereka kepada Leeds — satu keputusan yang mengubah mood penyokong dan naratif pasukan dalam sekelip mata. Episod turut menyentuh kontroversi tempatan dengan melihat semula isu pengadilan yang menimbulkan kemarahan penyokong Selangor, satu perbualan yang terus berulang dalam bola sepak Malaysia. Akhir sekali, kami membedah langkah besar bola sepak Singapura yang melantik Gavin Lee sebagai ketua jurulatih baharu, simbol permulaan era baharu selepas pencapaian kelayakan kejohanan besar.
Published by SPH Media Limited, Co. Regn. No. 202120748H. Copyright © 2026 SPH Media Limited. All rights reserved.