
Culture Makcik-Makcik Tanya 'Bila Nak Kahwin' Undang Kemarahan Gen Z l Serious Lah EP47
Published on 21 Jan 2026
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Nura Khadijah, Assistant Producer Oasis, mengupas budaya-budaya dalam masyarakat yang sudah tiba masa untuk dihentikan. Daripada isu “Yeye culture” yang melibatkan buli antara senior dan junior, hinggalah budaya suka bertanya “bila nak kahwin?” — perbincangan ini jujur, terbuka dan sangat dekat dengan realiti harian kita. Kadang benda yang dianggap normal, sebenarnya memberi tekanan dan kesan besar pada orang lain.