
Carrick kemudi Man Utd ranapkan Man City, Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai?
Published on 23 Jan 2026
Menyelusuri bola sepak seluruh dunia, Faiz membuka bicara kehangatan yang sedang berlaku di benua Afrika dimana Senegal muncul menewaskan tuan rumah Maghribi (Morocco) dalam satu final yang akan diingati pada masa yang sangat lama! Sudah tentu, kemenangan pertama Michael Carrick bersama Man Utd muncul bersama 'magis' Old Trafford, yang menyaksikan Pep Guardiola mengangkat bendera putih selepas tewas 2-0. Arsenal yang gah di persada UCL 2025/26 terus pamer dominasi menewaskan Inter Milan manakala Liverpool kembali mendapat rentak kemenangan menentang Marseille dibawah kendalian De Zerbi. Rumah yang kotor dijangka akan melalui fasa pembersihan apabila exco FAM dijangka mengundurkan diri beramai-ramai dalam masa terdekat, apakah kesudahannya?