
Netizen Rasa Saya Bersaing Dengan Suami Sendiri - Ernie Zakri | Confession Bilik Gelap S6EP3
Published on 23 Jan 2026
Ernie Zakri hadir dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seninya dalam industri muzik, dari langkah awal sebagai penyanyi, cabaran emosi dan profesional yang dilalui, hinggalah detik-detik membina keyakinan diri sebagai seorang anak seni. Dalam episod ini, Ernie turut membuka cerita yang jarang didengar, bagaimana satu ketika dahulu beliau pernah melalui fasa tidak pernah menerima sebarang anugerah, dan bagaimana pengalaman itu membentuk ketahanan, perspektif dan semangatnya untuk terus berkarya hingga ke hari ini.