
Filem Indonesia Kini Maju, Berbeza Dengan Malaysia - Reza & Fedi | Confession Bilik Gelap S6EP4
Published on 30 Jan 2026
Reza Rahadian & Fedi Nuril tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan mereka sebagai anak seni, dari dunia lakonan ke kerusi pengarah, cabaran mengekalkan relevansi, hinggalah realiti keras industri hiburan di Indonesia dan Malaysia. Dalam episod ini, Reza membuka cerita tentang Pangku, filem arahan terbarunya, sementara Fedi berkongsi pengalaman sebagai watak utama serta proses membina lakonan yang jujur dan berlapis. Perbualan ini menyentuh satu perkara penting: bagaimana sikap, disiplin dan kualiti lakonan menjadi kunci untuk kekal lama dalam “game” industri hiburan.