Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya?

Published on 6 Mar 2026
Share

Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat.

Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan. 

Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terbentuk dengan baik – sejak dilahirkan dan memerlukan rawatan serta pemantauan perubatan secara berterusan Cik Hadijah Mohamed Eusope terpaksa berhenti bekerja demi menjaga anaknya sepenuh masa. 

Dalam episod NoTapis ini, beliau berkongsi bagaimana keluarganya akhirnya mendapatkan bantuan zakat dan bagaimana sokongan itu membantu mereka terus bertahan melalui tempoh yang mencabar. Turut bersama kami ialah Ustazah Sarima Jantan, Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di Masjid En-Naeem, yang menjelaskan bagaimana sistem zakat di Singapura sebenarnya berfungsi, siapa yang layak memohon, dan mengapa masih ramai yang segan untuk tampil mendapatkan bantuan.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Published by SPH Media Limited, Co. Regn. No. 202120748H. Copyright © 2026 SPH Media Limited. All rights reserved.