Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem?

Published on 15 May 2026
Share

Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal?  

Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi adakah jantung dan kaki kita cukup kuat untuk berjalan berbatu-batu di bawah terik matahari lebih 40°C?

Dalam episod NoTapis ini, seorang peserta program Get Fit for Haj, Cik Ju’airah Kothiram, Pengurus Kanan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Encik Aliff Izwan Ariffin, dan  Setiausaha Kehormat AMTAS dan Pengarah, Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, mengupas realiti sebenar di bumi suci.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Published by SPH Media Limited, Co. Regn. No. 202120748H. Copyright © 2026 SPH Media Limited. All rights reserved.