Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman?

Published on 29 May 2026
Share

Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan  di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027.

Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh hatinya apabila mendapati anaknya yang sebelum ini ceria, tiba-tiba berubah menjadi murung dan enggan makan akibat dibuli di sekolah.

Turut bersama ialah Kaunselor Kanan daripada Kelab Heal, Encik Abdul Hakim Adzhari. Beliau mengupas psikologi di sebalik tindakan seorang pembuli, mengapa mangsa sering memendam rasa, dan kenapa hukuman tradisional seperti rotan atau ditahan di sekolah mungkin tidak lagi berkesan, malah berisiko membuatkan pembuli menjadi lebih ganas.

Adakah sistem sedia ada mampu melindungi anak-anak kita, atau kita sebenarnya terlepas pandang punca utama trauma mereka?

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Published by SPH Media Limited, Co. Regn. No. 202120748H. Copyright © 2026 SPH Media Limited. All rights reserved.