
Episode 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?
Published on 14 Aug 2026
Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila sebut tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri?
Dalam episod NoTapis kali ini, dua kakitangan Palang Merah Singapura, Muhammad Daniel Samu Wel dan Mohammad Indera Putra Abdullah, berkongsi perjalanan mereka — daripada membantu warga emas dan memberi bantuan kecemasan, hingga berdepan kehilangan serta tekanan emosi yang datang bersama tugas tersebut.
See omnystudio.com/listener for privacy information.