Pembangunan jurulatih bola sepak di Singapura bermasalah? (Bahagian 2/3)

Published on 15 Apr 2023
Share

STRUKTUR jurulatih dalam bola sepak Singapura harus diperbetulkan, kata bekas kapten Singa Aide Iskandar.

Beliau berpendapat bahawa Singapura bergelut untuk mengkategorikan barisan jurulatihnya mengikut keperluan pembangunan bola sepak negara.

Malah, bekas jurulatih Young Lions dan pasukan bawah 23 tahun nasional lelaki itu mencadangkan supaya jurulatih tempatan dibahagikan kepada tiga cabang – elit, pembangunan dan akar umbi.

Ini ditetapkan berdasarkan pengalaman bermain jurulatih dan keupayaan mereka untuk melatih pasukan di tahap tertentu.

Dengar terus pandangan beliau dalam #NoTapis: Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim. Turut hadir dalam podcast ini termasuk legenda, Rafi Ali dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Published by SPH Media Limited, Co. Regn. No. 202120748H. Copyright © 2026 SPH Media Limited. All rights reserved.